Country i have visited

Ok.. baru lepas jawab quiz teka country.. 100% biar betul.. pancing suruh share lettew lol

Just want to list down what countries i have visited so far and short review

1-Singapore- that was 25 years back masa tinggal dekat johor. I remembered my mom sampai sesat2 naik bas and she bring me one of the theme park dekat Singapore

2- United Kingdom – for study!! Pengalaman yang sangat berharga. Jatuh bangun masa zaman remaja. Jumpa dan bercinta En Suami di London you olls dating dekat kedai makan pakistan and naik train pergi leigh on sea ohh what a memory. Pengalaman kerja pizza dgn boss org Afghanistan , kerja kedai ice cream dengan boss org bangladesh and lastly kerja dengan org melayu Tuk Din yang sekarang tersangat lah femes di kota London. 

Selain belajar di London, pernah pergi Birmingham, Manchester, Hasting

Birmingham pergi Cadbury world and lawat family adik Fatimah yang femessss boleh kecek kelantan tuh. Masa tuh adik Fatimah tade lagi huhu

Machester pengalaman tertinggal bas and duduk tempat paling belakang sebelah orang mabuk dan sebelah bilik air.. lamanya masa berjalan masa tuh. And ofcourse Stadium Manchester United

3- Spain- Cordova, Real Madrid and Andalusia.

Pergh sampai sekarang masih teringat2 keindahan Alhambra. Spain sangat cantik and rasa nak pergi lagi. Pokok limau penuh sepanjang jalan. Semoga dapat lah pergi lagi. Oh my cantiknya Spain!!!

4- Germany- untuk mereka yang sukakan architecture bangunan moden dan segala yang moden germany antara tempat yang patut dikunjungi. For me i more appreciate nature and sceneray. Pengalaman tak boleh lupa gaduh dengan boyfriend masa jalan kat germany, mabuk bas dan tidur dekat station bas nak jimat duit. Tempat yang dilawati Hahn dengan Koln 

5- Dubai- masa nih kecik lagi form 3 yang ingat shopping jubah and sarung bantal, tilam

6- Abu Dhabi- rasa lebih kurang 2 minggu jugak pergi Abu Dhabi nih. Tinggal dekat rumah kawan yang parent kerja embassy. Jalan malam- malam tengok orang jogging , pergi shopping mall, makan nasi briyani and shopping minyak wangi . Abu Dhabi pon cantik. Pasir 7 jenis and masa nih Dubai and Abu Dhabi baru nak start develop 

7- Australia Sydney- setelah setahun kumpul duit dapat bawak satu family anak dua orang , mak dan mak mertua. Puas hati! Blue mountain cantik! Enjoy makan kebab and kena pulak masa pergi vivid sydney! And lagi special sebab dapat pergi dengan cousin yang membesar bersama. Total group dalam 11 orang tak termasuk kanak-kanak. Oh ye pengalaman stroller kena curi lepas turun flight. Claim insurance beli stroller baru huhu

8- India- Chennai haish macam mana lah boleh terlupa negara yang satu nih tahun 2017 rekod tercipta ulang alik Chennai sebanyak 6 kali sehingga October akan datang tak sure lagi. Ulang alik sebab kerja. Enjoy makan and tak sempat lagi nak jalan and lawat negeri lain selain Chennai

Ok. So far total 8 countries. Harap dapatlah bertambah list jalan- jalan nih. Okay nak check point boleh redeem ticket kapal pergi mana.

Berjalan menenangkan fikiran dan membuka mata melihat keajaiban Allah.

Advertisements

The last battle

Kali ke 6 dalam tahun 2017 aku pergi Chennai

Best? Entahlah.. tapi itu yang aku pernah mintak. Untuk dapat peluang kerja sambil travel

But the hardest part always when I need to say goodbye to my daughters and promised them that mama will be back again another week. 

It is hard to make a promise knowing nothing about the future

Hanya doa sebagai jaminan dalam ketidak tentuan 

Untuk aku dan mereka

Dalam kapal terbang aku terfikir pasal perjuangan

Masing masing ada perjuangan yang belum selesai.

Perjuangan yang hanya tuhan sahaja yang tau

Kecik untuk yang melihat mungkin besar untuk yang menghadapi

Besar untuk yg menanggung besar lagi  untuk yang kita tidak tahu

Kalau diri sentiasa fokus dengan perjuangan sendiri kita lupa untuk bersyukur dan kisah pasal perjuangan orang lain

Entahlah kenapa aku suka tengok dan bercerita pasal kehidupan yang susah nak bandingkan dengan cerita yang gembira

Bagi aku cerita gembira tidak memerlukan untuk engkau kongsi sentiasa. 

Bagi aku cerita gembira tidak perlu dibuktikan 

Bagi aku cerita yang susah sentiasa dan mungkin akan membantu mereka yang susah 

Bagi aku…

Pernah tak korang rasa.. dalam battle korang sendiri.. sampai satu peak yang korang rasa itu je tahap yang mampu.. dan tak boleh nak lagi kuat dan korang harapkan semua benda mimpi atau paling worst ribut taufan, banjir hanya untuk mengharapkan besok pagi korang dah tak payah hadap battle nih. Aku selalu rasa macam tuh.
Tapi aku perasan kala kau nak give up. Sentiasa akan ada kemudahan dalam kesusahan.

Sentiasa ada cahaya dalam kegelapan

Kegembiraan dalam kesedihan

Dan bila kau pusing kebelakang balik mengenangi kepayahan yang kau pernah rasa.

Kau rasa bersyukur dan kau tau kepayahan perjuangan kau itu bersifat sementara dan menjadikan kau lebih dewasa

Mungkin result tak macam yang kau impikan tapi  mampu meletakkan battle kau ke penghujung

Sigh.. kalau lah semua benda boleh settlekan dengan idea, kata kata, pengalaman..

Aku tau setiap orang ada perjuangan yang belum selesai.

Jangan give up dan jangan ingat kau tiada pilihan.

Kerana apa yang kau rasa baik mungkin sebaliknya.

Sedangkan kehidupan bersifat sementara apatah lagi isi dalamannya.

Menanti

Dalam perjalan yang banyak perhentian

Banyak juga penantian

Menanti sakit bilanya sembuh

Menanti jodoh bilanya ketemu

Menanti rezeki bilanya dapat

Menanti orang bilanya sampai

Menanti hari bilanya tiba

Menanti gembira hapuskan hiba

Menanti masa bilanya terubat

Dalam setiap perjalanan pastinya sampai

Tidak harini mungkin besok

Lambat cepat itu ketentuan

Yang pasti teruskan perjalanan

Teruskan penantian

Kerana kita tidak tahu apa yang ada di depan

Yang belakang jadikan sempadan

Kerana setiap kita sudah ada tetapan

Mintak baiklah pengakhiran..

Rezeki tak pernah salah alamat dan dugaan tak pernah salah orang

Aduiaii sekarang nih rasa macam tengah bulan waktu nak subur aku rasa.. segala nafsu melonjak naik dan paling terutama nafsu makan dengan nafsu nak membeli. Aku rasa perempuan paham maksud aku. Benda yang tak boleh tidak.. mencabar betul nak tahan..

Dalam tengah scroll tudung yang aku minat.. otak masih serabut pikirkan mana nak cari duit. Duit lebih nak beli make up dengan tudung cantik.. haish tapi bukak email inbox dapat pulak email company yang aku baru pergi interview kena reject.. rasa down nak shopping.. kalau tak, mungkin ada duit extra..
Hujung tahun nak kena bayar anak sekolah, adik nak khawin.. bulan depan ada family day.. haish nak pindah rumah lagi.. mendapat pulak kite nih anak sulung.. 

Tiba2 serabut otak.. ikut hati memang selambe jela shopping and makan terus 1000 kalori..tapi akal kata nanti tak cukup duit macam mana..gemok macam mana..

Muncul lah soalan kenapalah… kalaulah.. sambil scroll instastories tengok keindahan nikmat dunia yg Allah kurniakan dekat orang lain..

Tapi aku tahu rezeki tak pernah salah alamat..

Sentiasa cukup apabila perlu..

Dugaan pon tak pernah salah orang..

Hanya kena pada orang yang mampu..

Sabar itu penting.. dengan tuhan tak perlu ragu..

Sampai masa kau pasti terharu

Diberinya engkau rezeki cara beribu

Dilepaskan engkau dugaan dibahu

Yang engkau takkan tahu

Hanya nampak dan rasa bila sampai seru

Tabahkan hati tabahkan jiwamu

Supaya diri bersyukur selalu

Kerana nikmat tuhan bukannya satu

Dan perjalanan kita masih jauh berbatu…

Aku lupa yang aku dulu suka menulis

Phew… Aku lupa aku dulu suka menulis.

Dulu blogspot aku tulis pasal kehidupan remaja and saat baru nak kahwin

Lepastuh aku bukak wordpress sebab aku lupa password blogspot

Lepastuh dah sibuk dengan dunia dewasa, anak dah dua yg besar 5 tahun yang kecik 3 tahun berat pon dah double dari masa baru khawin tiba-tiba harinih aku terbukak blog lama sebab nak bagi adik aku tips kawen.

Uish aku lupa aku pernah suka menulis..

Aku rasa rugi kalau aku tak menulis lagi..

Ok rasa nak start balik hobi menulis

Ada banyak aku nak cakap.. tapi nak kena tidurkan anak dulu dah malam.. nanti aku sambung menulis..

Aku nak tgk berapa lama bertahan hobi menulis aku

Ok bye nak carik topik

Masalah Besar

Hahaha..

Aku baru borak dengan cousin aku..

Topik MASALAH BESAR.

Masa aku sekolah rendah dulu.. Aku nak sangat masuk asrama lepas habis UPSR.Aku yakin gila masa jawab UPSR. tapi sebab aku over confident aku dapat 4A 1B.

B aku sains. padehal aku wakil sekolah kot kuiz sains siap dapat top 3 sekolah aku lawan antara sekolah.Over confident sangat. so bila aku dapat 4A 1B aku sedih gila. masalah besar aku. sebab cita cita aku nak masuk sekolah asrama. aku muram je tiap kali aku pergi sekolah. lepas balik sekolah aku sambung sedih.. sekali dapat surat tawaran masuk sekolah asrama negeri.. aku accept huhu Alhamdulillah asal sekolah asrama. ok settle masalah.

Lepas PMR, Alhamdulillah aku dapat result ok. yang melayakkan aku dapat masuk sekolah asrama Mara ataupon sambung kat sekolah agama negeri. Serabut lagi.. eh nak yang mana ek. nak gila amik asrama Mara.. tapi aku sayang kelas bahasa arab aku huhuh besarnya masalah nak pilih yang mana. Finally aku sambung je sekolah agama negeri sebab nak belajar Bahasa Arab. ok settle masalah!

Masa aku Form 4 pulak aku risau gila kalau aku fail SMA aku..Aku tak pandai sangat bahasa arab.. tapi sekolah aku sekolah terbaik ranking SMA Jais..Aku takut gila malukan sekolah aku kalau SMA aku fail..ustaz pon bagi tumpuan kat aku.. aku ingat kalau aku fail SMA habislah dunia aku..haha end up aku lulus! yeay! ok settle masalah

Lepas SPM, masalah aku serabut nak amik course apa pulak.. hoi masa depan kot huhuhu nak pikir U mana blaja apa. eh apa yang aku minat ek sebenarnya? huish masalah besar betul nak pikir nak pergi Matriks ker nak amik Diploma ker Nak amik Fast track ker nak amik professional paper ker.. pening gila kepala pikir.. sembahyang hajat apa semua. Lastly aku decide amik professional paper. ok settle masalah!

Masuk dunia remaja.. aku bercinta macam orang lain jugak.. masalah aku kalau bf tak angkat phone. Kalau tak msg satu hari pergi mana. bergaduh plak lepas tuh. haish siapa yang nak mengalah dulu. nak cari duit belikan hadiah lah nak dating mana nak makan apa. risau pulak eh ko nih ada orang lain ker.. hahaha nak gelak aku pikirkan masalah aku dulu masa remaja.. gila kau.. 1 percent je sebenarnya masalah kehidupan remaja ko nih. haha  Lain masalah merajuk dengan bestfriend.. bestfriend kita rapat dengan orang lain lupa kat kita.. haha! Pastuh bestfriend kita keluar and lepak dgn orang lain tak ajak kita..pon haha jugak!

So sekarang aku dah berkeluarga.. ada anak dua… baru aku tau langit tuh tinggi mana bumi itu rendah mana.. masalah yang besar sangat aku rasa dulu tuh sebenarnya seciput je ciput sangat sangat lah.. banyak lagi masalah besar kat dunia nih. lagi-lagi bila dah berkeluarga nih. Bukak mata..

Kalau dulu aku risau tak dapat masuk sekolah Asrama, takut result periksa tak ok, serabut dengan pilihan course apa nak belajar, kat luar ada lagi budak yang tak masuk sekolah dek kerana kemiskinan tiada pilihan pon dalam hidup ini pilihan dia satu je nak hidup

masalah bercinta pulak ekekekeke kecik gila weh masalah setakat bf tak call.. bf curang ker gaduh sebab nak makan mana dating mana, merajuk lah apa haha kecik weh.. Tuhan tuh adil.. jodoh kita sentiasa yang sekufu dengan kita. kalau takdir kita khawin dengan yang tak ok.. itu Dugaan hidup kita. dalam hidup ini ada 3 dugaan yang setiap manusia akan dapat salah satu.. dugaan keluarga, dugaan rezeki atau dugaan kesihatan.

Bila kita mampu untuk tanggung.. masa itu lah tuhan duga kita sebab itu Allah dah kata Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Banyak dah yang aku nampak dan ada sebahagian yang aku rasa.. dugaan anak, dugaan lambat jodoh, dugaan rezeki, dugaan kerja, dugaan keluarga, dugaan anak sakit, dugaan bercerai, dugaan kandungan gugur, dugaan duit tade, dugaan dengan keluarga mertua, dugaan dengan keluarga sendiri, dugaan nak menyara keluarga nak beli susu anak nak sekolah kan anak, dugaan nak bertoleransi dengan suami, dugaan masa.. suami kerja siang isteri keja malam, dugaan long distance relationship, dugaan mcm mana nak jaga anak kalau dua dua kerja, dugaan anak kuat nagis siang malam, dugaan anak sakit tiap-tiap bulan, dugaan mak bapak sakit, dugaan hutang, dugaan business tak jadi,dugaan ekonomi tak stabil, dugaan melawan nafsu nak berbelanja,dugaan kena rompak, dugaan negara berperang, dugaan kais pagi makan pagi, dugaan kena sihir, dugaan nak lawan nafsu makan sebab berat dah naik hahaha itu antara dugaan aku!.. dan lain lain named it..

hah itu baru masalah besar.

tapi aku selalu percaya.. dugaan Allah bagi sentiasa bersifat sementara.. sabar itu penting. bila sampai tahap Allah kata ok ujian dah tamat.. masa tuh hidup kita akan sentiasa Allah permudahkan. Jalan hidup memang tak pernah lurus.. tapi itulah kehidupan… ada orang yang diduga lebih teruk dari kita. Sabar, Doa dan Tawakal. Allah sentiasa bantu.. kita yang tak nampak atau lambat sedar.. Life must go on

Sekian…

11825813_10206168166176013_3740184422409702894_n

Perginya seorang pejuang Islam

Ok harituh kononnya nak update selalu tapi masa sangat mencemburui aku..

12 Feb 2015 Khamis malam Jumaat perginya seorang pejuang Islam.

Apa yang aku terkesan..

Aku bukan kaki politik and aku tak banyak knowledge pon pasal politik kat Malaysia nih..

tapi yang aku pasti, regardless pahaman politik apa pon kau.. yang paling penting adalah jati diri dan akhlak diri sendiri.

Tuhan tuh adil dan dia dah janji siapa yang pejuangkan agamanya Allah angkat martabatnya..

Kita kerja untuk hidup..

untuk sara diri..

berapa banyak yang boleh kira hidup untuk pejuangkan agama..

Kena maki kena cerca itu sentiasa, berapa ramai yang mampu tanggung?

Hidup memperjuangkan hak Allah, terbukti dengan peribadi dan akhlaknya.. bukan dengan mulutnya..

Aku terkesan dengan ayat aku terjumpa dekat Facebook.

Dia pergi dia sedia, Kita pergi ada apa?

memang takda apa apa.. jauh sangat nak bandingkan pon..

Allah…

semoga dilembutkan hati dan badan kita untuk beribadah.. Amin